|
|
| Wednesday, 1-Jan-2020 01:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
aBoUt mE!!
|
|
New Entry kat bawah yer....
|
|
|
|
|
|
| Friday, 15-Jan-2010 13:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~CATATAN KEHAMILAN KU DI TRIMESTER PERTAMA~
|
|
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kandungan ku semuanya ok dan aku berharap semuanya akan terus ok dan bb kami selamat dilahirkan sihat dan sempurna. Aku sedar aku peknen bila period aku lewat seminggu. Aku ngan hubby g Guardian beli UPT sekali celup ja terus nampak 2 line. Excited sangat2 ye la aku pnah mengalami keguguran jadi macam2 la perkara '-'ve yang bermain di fikiran. Masa da dapat result UPT yang aku wat tu aku call mak n mak tanya bila tarikh period aku n mak kata aku da sebulan peknen masa tu rasa cam tak caya pun ada. Kat sini aku nak kongsi pengalaman aku peknen setakat ini.
4 week = 1 month : Xda alahan apa pun yang aku rasa cuma kat belakang badan ditumbuhi bintik2
macam ruam pun ada. Gatal la sangat2 mak kata mungkin sebab pembawa
budak.
8 week = 2 month : kebetulan masa ni puasa alhamdulillah dapat berpuasa dengan sempurna cuma di
penghujung puasa aku rasa cam tak larat sangat2 jadi tggl puasa aku 3 ari. (jgn
lupa ganti sudah hehehehe )
12 week = 3 month : tiap2 malam sakit pinggang siang2 ari ok ja.. perasaan malas melanda, tp
terpaksa gagahkan diri klu tak apa pun tak jadi kesian my hubby..
* Utk entry ni xda pikcas cz tak suka berposing....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 5-Jan-2010 13:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PETUA MENCUCI HATI
|
|
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Nov-2009 02:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
bengang + gumbira
|
|
Haluuu....
saja ja nak kongsi pengalaman pasal beli perabot nih.... ekceli semalam perabot baru sampai kat umah yang ni yang gumbiranya lah sebab yg diidam2 kan dah sampai berseri la skit rumah sewa kami ni.... Disebalik cerita perabot ni sebenarnya dah di booking lama dah kat Westcourt Jalan Kampar, Ipoh kononnya booking untuk bawa masuk umah baru kami yang dah siap tapi di sebabkan hubby dapat kja gomen kat Butterworth n aku pun dapat tukar kat tempat berhampiran jadi tak merasa la kami nak merasmikan rumah baru kami.. Jadi aku dan hubby decide la nak bawa perabot2 yang di booking ke rumah sewa kami di Nibong Tebal... Masa booking aritu da bayar separuh, janjinya lagi separuh bayar sebelum minta perabot hantar la. Jadi aku pun g la ngan mum aku ke kedai tu untuk bayar semua dan minta hantar ke Nibong Tebal. Masa bayar tu Salesman tu kata dalam tempoh 3 minggu barang sampai dalam tempoh tu juga ada org akan call bagi tau bila barang akan dihantar. Nak dijadikan ceritanya dalam tempoh 3 minggu xda sebarang berita pun tentang penghantaran perabot aku tu... hubby da bising2 tanya, sampai tension aku. Jadi aku pun call la Kedai tu dia kata kena call gudang sebab gudang yang arrangekan penghantaran barang. Aku pun call gudang plak masa aku call da lewat petang sorg perempuan melayu jawab fon dia tanya nombor invois aku n kata dia akan check n call aku keesokan arinya sebab sekarang da petang dorang nak balik. Fine la, esoknya aku tunggu sampai tengah hari xda sape yanng call, ptgnya aku call la gudang tu.. call2 dorang mita lagi nombor invois aku, aku pun hangin la kata kat dia kata u all nak call last2 i yang call u all pastu tanya lagi apa masalahnya. Masa ni da bengang bangan dah... Pastu dak tu kata nnt dia check n akan call balik... Mmg macam hampeh dia tak call pun esoknya aku call lagi rupanya invois aku dorang tak tau ada kat mana lagi la aku angin pastu dak india yang jawab fon tu siap marah2 kat aku sebab asyik call ja.. mana aku nak percaya aku dah bayar RM3k pastu xda respon barang lak xdapat kalau 3kupang xda la nak heran kan. Oleh kerana dah bengan sesangat aku call hubby suruh hubby yang call dorang hubby pun marah2 kat dorang, last2 ptgnya dak india tu call aku dia kata barang akan sampai minggu depan. Aku yang tengah hangin ni warning la kat dia kata klu mgu depan tak sampai aku nak report KPDN masa tu mmg terlintas nak mita tlg kat makcik aku yang mmg kja dgn KPDN. Nasib la barang2 tu da sampai semalam... Lega la kalu tak tension dgn hubby dok bising2.... Ni pikcas yang sempat si snap pagi tadi huhuhuhu..... Layannnnnnnnnnn.....
tempat kami beradu hehehehe....
meja make up nya... xdan nak kemas lagi...
bangku meja make up yang menjadi tempat kipas hahahahahaha....
almari... aiyokkkk sangat semak nnt balik cadang nak kemas2...
display rack tatau nak buh apa kat ctu...
Sofa L shape sangat simple....
kabinet tv
katil bilik no.2 tuk tetamu la konon2nya...
aku beli 2 set bilik n 1 set ruang tamu harga dalam RM3k lebey la.... simple2 ja coz nnt nak pindah2 lagi....Sekian untuk entry kali ni yang merapu raban hahahaha ...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 16-Nov-2009 00:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
.: seNyum :.
|
|
Senyum seindah suria
Yang membaya cahaya
Senyumlah dari hati
duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum… kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum… membahagiakan
Dengan senyuman
terjalinlah
Ikatan…
Senyumlah...
sajikan senyum tulusmu pada saudaramu
senyum yang memberikan ketenangan batin dalam hati saudaramu senyum yang menguatkan persaudaraan denganmu senyum tulus yang menambah pahala sedekah di sisi Rabbmu
Senyum adalah gambaran isi hati yang menggerakkan
perasaan dan memancar pada wajah seperti kilatan cahaya,
seakan berbicara dan memanggil, sehingga hati yang mendengar akan terpikat.
Senyuman yang dibuat-buat tidaklah sama dengan senyuman yang keluar dengan tulus ikhlas. Senyuman yang dibuat-buat tak ubahnya seperti kreasi seni dari bentuk plastik.
Sedangkan senyum yang tulus adalah sebuah fitrah, ia ibarat bunga yang mekar di tangkainya, indah dipandang mata, dan harum baunya, yang menjadikan jiwa terlena dan bersimpati.
Mengenai hal ini, Rasulullah telah memberikan sebuah pesan kepada kita melalui sabdanya :
” Kamu tidak akan dapat membahagiakan orang lain dengan hartamu,
tetapi yang dapat membahagiakan mereka adalah wajah yang ceria dan akhlak mulia”
kpd teman2 dan sahabat handai.. maka dgn itu kita menyifatkan bahawa
'senyum itu sedekah' tetapi sedekah yg bagaimana kita sendiri pun kurang pasti
namun yg nyatanya adalah senyuman yg lahir dgn tulus ikhlas memberikan wajah yg ceria sehingga dpt membahagiakan yg lain…
|
|
|
|
|
|
| Friday, 23-Oct-2009 05:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy Belated Birthday to my lovely hubby
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 6-Oct-2009 03:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~ Alhamdulillah ~
|
|
Aku mengandung semula... syukur alhamdulillah. Harap2 kali ini xda masalah apa2. Semoga semuanya selamat... Thanks buat semua yang mendoakan kami...
Hari Ahad aritu sempat la ajak hubby g jalan kat Queensbay@Penang. Kebetulannya minggu ni kami tak balik kampung jadi bole la g dating hehehehe
|
|
|
|
|
|
| Friday, 2-Oct-2009 06:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
5 PERKARA YANG ELOK DISEBUT
|
|
5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Sep-2009 05:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~ SALAM AIDILFITRI ~
|
|
|
Salam semua... rasanya da terlalu lama menyepi... bz + penyakit 'M' menular kedalam tubuh ku ini.. hehehehe... N'way rasanya tak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat teman-teman yang kenal, baru kenal n akan kenal... mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang telah dilakukan... Entry terbaru I/allah tidak lama lagi.... buat kak iezah ~ faimin97.fotopages.com ~, kak watie ~ shahwatie.fotopages.com ~ ada cerita gembira yang bakal disampaikan I/allah entry yg akan datang ini... Untuk kak Liyana ~ aidina.fotopages.com ~ sory klu tak respon komen2 akak bz la kak nnt ada masa sy komen kat page akak yer..... Ok la sampai disini dulu... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Aug-2009 02:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~ SALAM RAMADHAN ~
|
|
|
|
|
|