Want your
own Fotopage?










 
MizzEkram's FotoPage

By: Mizz Ekram

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Friday, 7-Aug-2009 03:47 Email | Share | | Bookmark
KEHIDUPAN BARU...

Lama rasanya tak update fp.. xda masa sebenarnya kebelakangan ni.. sekarang aku dan hubby telah menetap di Nibong Tebal berikutan hubby telah mendapat posting di KDN Cawangan Pulau Pinang, Butterworth. Aku pula telah mohon pertukaran ke PDT Kerian Alhamdulillah proses pertukaran berjalan lancar 2 minggu selepas hantar surat pertukaran aku dapat tukar. syukur sgt2 cukup 3 minggu aku dok berasingan dari hubby. Kini kami dapat tgl bersama kembali walaupun jauh dari mak, adik2 M.I.L n F.I.L dan kawan2. Sekarang kami kena berdikari ye la sebelum ni kami tgal di rumah mak. Mula2 rasa ssh la juga tp kami kena tempuh juga. Bagi aku tahun 2009 ni betul2 mencabar macam cabaran dan dugaan yang kami kena hadapi.. Alhamdulillah kami dapat tempuh bersama...


SALAM KENAL DARI AKAK ZAI..SEKRG TINGGAL MANA?? Tue 18-Aug-2009 07:33
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Tinggal berasingan dengan mak ayah memang digalakkan...Kita dapat merasakan sendiri susah senang melayari bahtera rumahtangga. Segala keputusan kita bincang suami isteri. Barulah kita tahu dimana kekurangan dan kelebihan kita dan pasangan kita... Sat 5-Sep-2009 13:31
Posted by:kak leez  - [Link]
Add comment


Saturday, 1-Aug-2009 01:20 Email | Share | | Bookmark
Jom Makan McD



With Emak, Caah, Mama n Balqis..

Care to comment?


Wednesday, 8-Jul-2009 02:08 Email | Share | | Bookmark
Selamat Bertunang Noorazian Zaini (31 Mei 2009)













Salam Emy...
Selamat Bertunang to Noorazian...
And Happy Belated Besday to Emy...
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki harta dan anak....amin....

Akak nampak n3 kat bawah p main bowling kat Ipoh yer...tak calling2 pun...klu tak blh join sekaki dua...hehehe...
Tue 21-Jul-2009 23:34
Posted by:Liyana dina_elliana@yahoo.com  - [Link]
cantiknya emi punya page. Ajarkan kak leez macam mana nak buat boleh tak? Sun 26-Jul-2009 04:13
Posted by:Kak Leez giding_giding@yahoo.com  - [Link]
Lama dah tak update ni...bz ke??? Tue 4-Aug-2009 23:16
Posted by:Liyana dina_elliana@yahoo.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Sunday, 5-Jul-2009 01:08 Email | Share | | Bookmark
.:: Its my birthday... 4 July...








Haahaha.. sekarang da genap 24 tahun umur ku.. cepat jer masa berlalu.. 1st birthday bergelar seorang isteri kepada Encik Zaisu Ekram. Aritu hubby bawa aku outing g men bowling kat Kinta City Ipoh. Hubby menang aku kalah teruk birthday girl terpaksa kuar duit belanja makan.. pe na wat huhuhuhu…







happy belated b'day emy...
moga dimurahkn rezeki slalu n brbhgia slalu hendaknya..
Thu 9-Jul-2009 15:29
Posted by:k.nurul  - [Link]
ishhh..ishhh.. akak ni ketinggalan betul.. akan ingat emy solo lg... hehehe.. jangan mareeee.. akak paham sedih bila emy berjauhan ngan hubby sbbbb... akak pun bila hubby nak g outstatuion jauh2.. pun susah hati.. aper lg kalau dok jauh terus... pe2 pun kuatkan semangat n doa moga dpt pindah dekat semula k... Sun 19-Jul-2009 04:20
Posted by:dilla  - [Link]
askum....kita bru g kat fp ni...bru nk blajor....mcm ne ek nk wat pic jd mcm 2...de bunga2 g...sori bru je nk blajo... Tue 21-Jul-2009 06:16
Posted by:marlina marlinamokhtar@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 1-Jul-2009 00:42 Email | Share | | Bookmark
New Entry selepas menyepikan diri...

Da lama tak update fp ni.. bkn apa kebelakangan ni bz sangat2. Mana taknya hubby da dapat posting kat KDN Cawangan Pulau Pinang, Butterworth. Sebelum penempatan dia kena kursus kat Kem Rela Sg. Udang, Melaka 15hb sampai 20hb jun 2009. Oleh kerana cuti terlalu banyak (banyak ker?...) so aku ikut sekali tapi tak la g kat kem tu tgal kat umah aunty kat Kuala Pilah. Habis jer kursus terus dapat tempat posting kna lapor diri 22hb Jun. Tak sempat nak rehat ptg jumaat tu juga kitaorang rush balik umah coz nak kena pack barang2 hubby yg nak di bawa ke butterworth. Sedih gila masa ni mana taknya terpaksa tinggal berjauhan dengan hubby. Susah betul nak terima, tapi nak wat camana Allah je yang tau camana rasanya. Hanya yang pernah alami jer yg tau.. oleh kerana hati pun tak berapa ok jadi tak banyak pic yg di snap pun mood nak snap langsung takder cz dok ingat pasni kena tinggal sorang2..




Pic hubby kat Melaka sebelum kursus muka susah hati


Lepas hubby lapor diri 22hb Jun ari rabunya plak mak call bgtau k.ngah masuk hospital kena denggi. K.ngah ni adik bawah aku dia belajar kat Maktab Perguruan Temenggung Ibrahin JB. Mula2 nk drive sendiri ja so mita izin kat hubby nk g tp hubby tak kasi dia kata biar dia mita cuti kat Ketua Cawangan dia and dia pun dapat cuti petang tu juga hubby balik dr Butterworth. Pagi2 keesokan harinya aku, hubby, mak n caah bergerak g JB. Mmg penat gila jauh belum penat balik dari Melaka, Kuala Pilah n Butterworth n then kena g JB plak. Pulus jangan kata la mmg kering kontang. Sampai JB terus g hospital mula2 mak nak mita transfer ke Hospital Ipoh atau Teluk Intan tp doctor tak kasi. Malam tu kami bermalam di rumah kawan mak iaitu kak ina. Keesokan pagi pergi balik hospital doctor kata kak ngah da ok paras darah dia pun da ok jadi ptg dia bole kuar. Mak da tak risau lagi tgahari kitaorg balik Perak semula.





Ni pikcas anak kak ina Nur Amira Najiha banyak kenangan dengan dia.

Salam Amy..Sabo jer la..kalau ikut ati mmg la tak sanggup nak lalui semua tu..Cik Ros dulu..3 bulan lepas kawen n time tu prgnent kena ddk berjauhan ngan cik Lan..lama jugak kena tinggal 6 bulan lebih la jugak..Lagi Jauh Johor -London.Time Tu Cik Lan Buat Teaching Trainning kat UK...seksa beb..redha jer la. Thu 16-Jul-2009 02:21
Posted by:Rose_Rozlan roserozlan4@gmail.com
Ekram Nampak kurus la..

kalau rajin masuk la blog cik rose.http://rose1125.blogspot.com
Thu 16-Jul-2009 02:22
Posted by:Rose_Rozlan roserozlan4@gmail.com
hai amy........ nangis lg ker.....
best tak kat sana..... kengkawan ok tak.....
Fri 17-Jul-2009 08:12
Posted by:ida hazida_80@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Monday, 1-Jun-2009 02:20 Email | Share | | Bookmark
BUKIT MERAH LAGI...























Salam Emy...
Dah lama tak update ni...p mana???
Bz ker???
Wed 1-Jul-2009 07:48
Posted by:liyana dina_elliana@yahoo.com  - [Link]
re: dah update nanti bagi tau yer...
Jom layan fp akak...ada update baru punya...
Fri 3-Jul-2009 01:29
Posted by:liyana dina_elliana@yahoo.com  - [Link]
>>salam ....
cuti sekolah haritu nak gak gi bukit merah... tapi tak kesampaian..
dulu2 pegi takder anak lagi.. teringin nak bawak 2A ke sana...
>>best gak yerk bukit merahni..
Tue 7-Jul-2009 06:55
Posted by:cho zila  - [Link]
View all 27 comments Add comment


Thursday, 28-May-2009 05:08 Email | Share | | Bookmark
TRIP TO BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

23/5/2009 G BERCUTI 1 FAMILY KAT BUKIT MERAH 2 HARI 1 MALAM... KITAORANG MENGINAP KAT SURIA APARTMENT HM BEST GAK LA CZ SEBELUM NI TAK PERNAH SAMPAI LAGI SO BAWA ADIK2 SUKA LA DORANG NAK NYA PART MANDI MANDA NI LAGI LA SUKA.....

















RE: hehehehe memang nak p sana, tp masa x de lg buat masa ni... kot ujung tahun ke lapang la sikit Tue 2-Jun-2009 00:59
Posted by:iezah azizam  - [Link]
salam perkenalan ... best nya dapat bercuti kat bukit merah dekat ngan kampung hubby saya tu Wed 10-Jun-2009 08:43
Posted by:azliatun paloh_69@yahoo.com
nak itot g cuti... hu hu hu... Sat 13-Jun-2009 14:08
Posted by:lynn mafia lynnmafia@rocketmail.com
View all 15 comments Add comment


Friday, 22-May-2009 02:37 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS PENGISYTIHARAAN DAERAH KAMPAR




SEKITAR MAJLIS









Keberangkatan tiba D.Y.M.M Sultan Azlan Shah




Keberangkatan tiba D.Y.M.M Permaisuri Perak




MB Perak




Tuan Pegawai Daerah Kampar terima watikah dari D.Y.M.M Sultan Perak




K.Shima, Aku n K.lima




K.Shima, K.Idah, Emy, CC Mas n Cik Nur




with Kumpulan Selendang Perak (KSP)




sempat berposing ngan wartawan SINAR edisi Perak




Aku, K.Hasnah (Bentara Istana Perak), K.ida n B




With cik ct Zunaida










Staff PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR (x ckup korem yg lain tah mana2)

salam..meriahnye kampar.. Tue 26-May-2009 23:26
Posted by:ilin nor_lien@yahoo.com  - [Link]
meriahnyer camner nak buat gambar2 camni yek.. dlm fotopages..ajar kn bleh..tq in advance Sat 30-May-2009 08:18
Posted by:mamamy afrinahani@yahoo.com
cik adik ni orang perak ye!!!!kalau nak tempah baju ke buat beadings ke , perlu kan poco-poco group perform, bolehlah contact saya,thanks fr visiting my fp Fri 12-Jun-2009 07:18
Posted by:datin haryati karmilaharyati@yahoo.com  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Thursday, 21-May-2009 06:52 Email | Share | | Bookmark
SEHARI SEBELUM MAJLIS PERASMIAN DAERAH KAMPAR

PIKCAS-PIKCAS NI DIAMBIL SEHARI SEBELUM MAJLIS PERASMIAN DAERAH KAMPAR




INI LA CENDERAHATI DIRAJA... ARCA KAPAL KOREK REGENYA RM6+++







NI PLAK PEN YANG AKAN DIGUNAKAN D.Y.M.M SULTAN AZLAN SHAH UTK SIGN PLAK PERASMIAN DAERAH KAMPAR




SEMPAT BERPOSING...




AKU KAH INI?....

nak tanya sikit..camne nak wat gambar jadi besar??saya cuma tau upload gambar biasa je..cuba tengok kat fp saya..tgk yang org lain pubya siap boleh buat gambar mcm2 saiz, mcm2 bentuk..pakai software lain ke?? Thu 21-May-2009 13:55
Posted by:Hazimin Ahmad  - [Link]
mhlnye harge kapal korek tu
mcm besar je pen tu
Thu 21-May-2009 17:26
Posted by:abby abby_gam3rz@yahoo.com  - [Link]
hai emy, menarik fp ni. saya x berapa expert sangat... boleh ajar ke. kalau ada ym lagi bagus. senang beramah mesra Wed 3-Jun-2009 06:54
Posted by:anis sanisah@notes.usm.com
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 20-May-2009 06:18 Email | Share | | Bookmark
INFO: DAERAH KAMPAR

Esok ada Majlis Perasmian Daerah Kampar yang akan di rasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Azlan Shah sebelum perasmian apa kata kita kenali Kampar dulu

KAMPAR SECARA UMUM

Pekan Kampar merupakan sebuah pekan di negeri Perak yang terletak kira-kira 40 km dari Bandar Ipoh dan 16km dari Pekan Tapah dan merupakan tempat persinggahan bagi perjalanan antara utara dan selatan dan juga merupakan Bandar yang terakhir sekali di Daerah Kinta, kerana ke selatannya ialah Daerah Batang Padang dan Hilir Perak. Pekan utaranya pula ialah Gopeng dan selatannya pula ialah pekan Tapah. Apabila disebut Kampar memberi pengertian Bandar Kampar dan kawasan-kawasan sekitarnya dalam lingkungan 10-20 batu persegi. Penerokaan dan petempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan penemuan bijih timah itu sendiri, maka tidak hairan jika ada pendapat yang mengatakan Kampar dibangunkan di atas bijih timah dan sehingga kini bijih timah masih dilombong meskipun kepesatannya mulai berkurangan akibat kemerosotan pasaran timah.

Dilihat dari sudut geografi dan geologi, Kampar terletak dalam lingkungan Lembah Kinta, kedudukannya seperti dalam kawah di penghujung barat kaki Gunung Bujang Melaka yang disaliri oleh Sungai Keranji dan Sungai Kampar yang terdiri dari tanah lanar adalah kaya dengan logam-logam timah. Sungai-sungai tersebut memendapkan tanah-tanah dan batu-batu kecil kelikir yang mengandungi logam-logam timah di tebing dan dasarnya, proses ini telah berlaku berjuta-juta tahun dahulu, menjadikan kawasan tersebut kaya dengan longgokan bijih timah.

Pada peringkat awal, aktiviti perlombongan di Kampar dijalankan secara mengorek lubang-lubang kecil untuk mendapatkan tanah yang mengandungi bijih dan mendulangnya di tebing-tebing Sungai Keranji dan Sungai Kampar serta di kawasan-kawasan rendah yang mengandungi takungan air. Kegiatan tradisional kebanyakannya dilakukan oleh orang-orang Cina dan Eropah menambahkan kepesatan kegiatan ekonomi perlombongan bijih timah, apabila mereka memperkenalkan melombong cara pam palong dan kapal korek. Kedua-dua cara perlombongan iniboleh mengeluarkan hasil bihih timah dalam jumlah yang berlipat ganda banyaknya serta dapat menyumbangkan peluang pekerjaan kepada penduduk Kampar dan kawasan-kawasan sekitarnya. Keadaan ini berterusan sehinggalah menjelangnya kemerosotan pasaran timah pada awal tahun 1983.

Penempatan awal Kampar dan kepesatan industri perlombongan mendorong kedatangan orang-orang dari luar semua terutama orang-orang Cina dari Tanah Besar juga yang telah bermastautin di Pulau Pinang dan Taiping untuk memulakan hidup baru di Kampar sebagai pekerja limbong, peniaga dan sebaginya.

Hari ini Kampar telah membangun sebagai pusat pentadbiran Daerah Kecil Gopeng dan Kampar serta menjadi pusat perniagaan dan kewangan yang menjadi tumpuan penduduk sekitarnya. Berbagai-bagai kemudahan dan infrastruktur telah disalurkan oleh pihak kerajaan untuk penduduk Kampar seperti Hospital, sekolah, bekalan air, elektrik dan sebagainya. Untuk memastikan keperluan pengurusan dan kebersihan Bandar Kampar, telah ditubuhkan Majlis Daerah Kinta Selatan untuk menguruskan dan menguatkuasakan keperluan dan peraturan-peraturan tersebut.

Jumlah penduduk sekarang bagi Kampar dan kawasan sekitarnya di bawah MDKS berjumlah kira-kira 98,534 (setakat 1993) orang yang terdiri orang Cina, Melayu, India dan sebagainya. Kepesatan pembangunan Kampar setaraf dengan bandar-bandar lain di negeri Perak malah pada satu ketika dulu Kampar adalah Bandar yang keempat besarnya di Perak selepas Ipoh, Taiping dan Teluk Intan. Ini membuktikan bijih timah menjadi sumber yang memainkan peranan penting menentukan kepesatan Kampar seperti juga Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban dan Taiping.



KAMPAR MASA KINI

Pengenalan:

Kampar terletak 40 km di Selatan Bandar Ipoh Ibu Negeri Perak kira-kira 40 minit perjalanan dengan kereta. Sekiranya dari Kuala Lumpur pula, Kampar terletak 180km ke utara yang mengambil masa 3-4 jam perjalanan dengan jalan raya dan keretapi, samada dari utara ataupun dari Selatan, Kampar terletak dalam kawasan Lembah Kinta yang memang terkenal dengan bijih timah sejak awal penemuannya. Bandar Kampar adalah salah sebuah Bandar di Negeri Perak yang dibangunkan kerana bijih timah seperti juga Ipoh, Taiping, Batu Gajah dan Tapah.

Politik:

Bandar Kampar terletak di kawasan Parlimen Kampar dan di bawah Dewan Undangan Negeri Malim Nawar. Melalui kedua-dua wakil yang dipilih melalui pilihanraya mereka berhak menyuarakan kepentingan penduduk yang diwakilnya supaya dapat disalurkan ke pengetahuan pihak yang berkuasa.

Pentadbiran:

Bandar Kampar terletak di Daerah Kinta, pentadbirannya berpusat di pejabat Daerah Kinta, Batu Gajah. Bagaimanapun, mukim Kampar dan Teja terletak di bawah pentadbiran. Daerah Kecil Gopeng dan Kampar, di mana Bandar Kampar merupakan satu pusat petadbirannya dan di sini jugalah tertumpunya segala kegiatan perniagaan dan kewangan bagi daerah kecil ini.

Pentadbiran Daerah Kecil Gopeng dan Kampar diketahui oleh Ketua Penolong Pegawai daerah yang bertempat di pejabat Daerah Dan Tanah Gopeng & Kampar. Dari pejabat inilah segala yang berkaitan dengan pembangunan daerah dan orang ramai diselesaikan sendiri ataupun setengahnya dirujukkan ke pengetahuan Pejabat Daerah Kinta di Batu Gajah.

Di Bandar inilah juga terletak beberapa buah bank, gedung-gedung perniagaan dan beberapa buah jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Haiwan, Jabatan Kesihatan dan lain-lain lagi yang menjadi tumpuan penduduk Kampar dan kawasan sekitarnya untuk berurusan dan berinteraksi.

Untuk memenuhi keperluan asas seluruh penduduk Kampar dan kawasan sekitarnya, ditubuhkan Majlis Daerah Kinta Selatan, Kampar. Majlis ini berfungsi memastikan kebersihan sekitar Bandar dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan bantuan ahli-ahli majlis yang dilantik.



macam mana Perak skrg ekkk... ada 2 MB..??
mesti kakitangan kjaan pening...
Thu 21-May-2009 09:11
Posted by:dilamin  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.